 |
 |
 |
|
Dec 3, 2006
hehehheheh...
hari ni 4/12/2006 genaplah dua tahun kami menjadi suami isteri. Banyak pengalaman suka dan duka yg kami alami. terkadang rasa tak percaya yang kami berjaya mengatasi saat getir ketika hubby sakit dulu. Saat tu tak kan aku lupakan sampai bila2. Kehidupan tetap perlu diteruskan.
Padi hari ini juga genaplah usia putera kami Muhammad Irfan Danish 1 tahun 2 bulan 6 hari. Rasa bahagia sangat2. Syukur Alhamdulillah.
Semoga kebahagiaan yg kami tempuh ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
ok ..tukar topik lain plk, semalam cuti. So, bolehlah bangun lewat skit. Pastu duk pulun habiskan basuh baju yg dah genap seminggu tak basuh. Basuh baju tu tak jadi masalah sangat sbb mesin yg basuh. Tapi yg jadi masalah ni nak sidai baju. cuaca plk mendung jer semalam. Terpaksalah buat ampai tambahan. Tu pun tak kering jugak....
Sebelahnyer ptg pulak pi jln2. perancangannya mmg nak bwk irfan pi hutan bandar. Tapi bila tgk irfan selesema terpaksalah dibatalkan. Kami bawa irfan pi jln2 ke jusco permas jaya. Irfan mmg suka berjalan2 kat tempoh sejuk mcm ni. belikan dia berus gigi dan ubat gigi. teringat pulak dia suka sangat main bola, so belikan dia bola. Irfan. Mlm tadi, hantar irfan kat rmh mak angkat dia & bwklah bola tu skali sbb nak srh anak kak as pam kan. irfan sayang betul ngan bola dia tu, sampai nak blk rmh pun bawak bola tu skali. dah pandai sayang barang budak ni. Bangun tidur jer, terus cari bola ni.....
Posted at 06:31 pm by shielamus
Permalink
Nov 28, 2006
Cahaya Cinta
Dia telah telah menentukannya Kita bertemu dan bercinta Inilah oh takdirnya Bukan kerana harta Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka Tak mampu ku menafikannya Kejujuran diberi Kasih datang terhenti Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku Peluklah daku Janji dengan ku Semai cinta nan satu
Tuhan menguji Takkan berhenti Hanya ku pinta Sama setia menjaga Hingga ke alam syurga
Posted at 05:27 pm by shielamus
Permalink
Nov 22, 2006
semalam aku pi sembang2 ngan kawan2...sambil22 tu citer skit2 pasal biz...bolehlah aku tau skit...sebab setiap org pengalamannya tak sama....rasa happy sesangat sebab memasing nak bantu aku. Yelah aku baru lagi dalam biz ni..ada banyak lagi yg perlu aku belajar...At least aku dapat belajar dan akan aku aplikasikannya...
sapai jer rmh...aku terus pergi amik irfan. Rasa terhibur sangat bila dapat dengar suara dia...tak tau diam...irfan ni memang tak banyak bercakap (ikut ayah dia) tapi pergerakan memang .....kekadang terfikir irfan tak penat ker...ada jer kerja yg dia nak buat. Malas nak masak mlm tadi sebab letih sangat. Hubby balik pkl 10.30 mlm. Lepas dia mandi, aku pun pilah mandi sebab tak de sapa jaga irfan. Nanti entah apa2 dia buat. Pastu tetiba jer rasa sejuk sangat sampai aku menggigil. Terus aku selubung dan tidur. Pagi ni rasa lemah jer badan aku...
MALASNYA NAK KERJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted at 10:11 am by shielamus
Permalink
Nov 20, 2006
emm...Assalamualaikum
lama rasanya aku ak berceloteh kat sini. Bukannya apa, tak tau nak tulis apa. hari ni hari last syawal. cepatnya masa berlalu.
weekend ari tu...aku tak kemana2..ddk rumah jer ngan irfan danish. hubby pulak pi kerja. So, patah kakilah kami. sebelah malamnya pulak barulahpi jamuan hari raya. oklah makan rendang daging, seronding dan kuah lodeh. bukan main suka lagi si irfan.
kekadang tu, aku kesian ngan irfan danish. buat masa ni aku memang busy. bukan setakat busy ngan kerja tetap aku ni tapi aku ada buat satu biz. Inilah pengorbanan dari seorang isteri dan ibu demi melihat kami sekeluarga hidup bahagia dan senang satu hari nanti. kalau org lain blh buat, kenapa tidak kita. Dah 2 bln aku joint biz ni, Alhamdulillah pulangannya memberangsangkan. bolehlah buat simpanan dan beli barangan keperluan yg lain. Tapi, aku baru lagi dlm biz ni dan banyak lagi yg aku pelajari. Aku sanggup balik lewat malam dan korbankan hari cuti utk pergi mana2 course skill atau mesyuarat. Aku tak nak ini semua...tapi aku terpaksa. Aku tak nak selamanya begini...
Banyak jugak pengalaman yg aku perolehi...aku yg meenyokong biz aku ni dan tak kurang jugak yg menjauhkan diri...."aku nak tengok kau berjaya dulu" Amin....semoga aku berjaya sedikit masa lagi. Mula2 aku rasa sedih...tapi sekarang aku dah kuat. Aku tak isah apa org nak kata. kerana aku yakin, aku tak menipu orang dan biz ni mmg betul2 blhbuat duit. Kalau blh aku tak nak selamanya makan gaji...aku nak buat biz aku send. Inilah perubahan besar yg aku buat dlm hidup ni.
Aku berterima kasih sangat2 kepada suamiku kerana memahami situasi aku sekarang dan kak as yg sanggup kerjalebih masa utk menjaga anak aku. Aku amat2 menghargainya. Ya Allah berikanlah aku kekuatan!!!!!!!!!!!!!!!! restuilah dan rahmatilah usaha aku ini....moga selama impianku selama ini terlaksana....Amin.... Aku nak sama2 berjaya ngan keluarga dan kawan2 ku...
Posted at 10:27 pm by shielamus
Permalink
Aug 23, 2006
emmm..lamanyer aku biarkan blog aku ni berabok...bukannyer apa tak sempat nak menaip kat sini...busylah (busy sangatlah konon)
bulan ramadhan dah dekat...aku sekarang ni tengah pulun menggantikan posa.
letihnyer..... hari2 kelam-kabut sebab takut ketinggalan bas. Sampai jer umah, masak nasi dan lauk yg alar kadar utk berbuka posa...dah siap semuanyer barulah naik hero irfan. Dugaan sungguh sebab setiap kali dia nampak aku dok nak makan, mulalah dia buat hal. macam semalam, dia tak nak letak langsung so, terpaksalah aku pangku dia sambil makan...letih nak melayan dia...nak buat macam mana ek..dah anak send.
Posted at 10:27 pm by shielamus
Permalink
Jul 28, 2006
Kian jauh Kian hilang Kasih antara kita
Nampak tenang Pada zahirnya Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata Yang terhiris terluka Sesekali terbit air mata Tahan sebak didada
Ke manakah..nak dibawa Resah kian melanda
Di manakah Hendak ku khabar Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa Rasa ingin dimanja Perasaan pun kian tersentuh Bila rindu ini berlabuh
*Apakah yang dikejar dalam hidupmu Berkali ku kata padamu Kita singgah di dunia yang sementara Penuh tipu daya
Yang kekal Disana Biarlah..kita bersama
Usahlah Hanyut terus terlena Kerana dunia
Pada aku masih ada Kasih belum terhakis Sebenarnya..sudah lama Ku sungguh berkecil hati

Posted at 12:25 am by shielamus
Permalink
May 1, 2006
...Alhamdulillah..lega rasanya bila irfan dan baik demam, cuma ada batuk sikit2 jer. Seminggu lamanya irfan danish demam, batuk, muntah2. Kesian ibu tengok dia. Daripada badannya 'semangat' sekarang dah ringan skit dan kurus. orangkata demam beralih bulan. 29/4 aritu genaplah usia irfan danish 7 bulan. Tak sangka irfan danish semakin cepat membesar. Badan irfan danish masa demam ari tu dah menentu suhunya. sekejap panas dan sekejap sejuk sampai ibu terpaksa amik cuti. Hari rabu last week ibu dan ayah hantar irfan ke klinik pkl 5 pagi sebab badan irfan panas sangat. kesian dia...
Tapi sekarang badan irfan dah ok.....rupa2nya irfan danish nak tumbuh gigi atas dua batang dan dah mula nak merangkak. Emmm..jadi irfan baru tumbuh 4 batang gigi. (tetiba teringat statement anak sedara ibu yg bernama iqmal (5 tahun)..dia kata " eleh... baru tumbuh 2 batang..orang dah tumbuh gigi lagi banyak") Sabo jerlah. ragam dan keletahnya semakin bertambah. Terhibur rasa hati bila tengok aksi si comel ni..... Makan pulak semakin berselera. Kadang2 ibu masakkan bubur (kalau sempat..hikk)
Posted at 10:44 pm by shielamus
Permalink
Apr 24, 2006
Semalam aku dapat bas pukul 6 ptg. Tapi dek kerana hujan lebat dan lepastu mestilah ada banjir kilat kan???? then aku samapai rumah pkl 8.10mlm. Rasa sakit badan tak terhingga..pinggang sakit giler.....Dahlah lama dalam bas...bas pulak habis minyak. kenalah tunggu driver bas tu isi minyak..... Nak sampai rumah..ambil masa lebih 2 jam....apa nak jadi ngan jb ni...asal hujan lebat sikit....mesti ada banjir kilat.
Sampai jer rumah....terus mandi pastu amik irfan danish kat umah kak As...kesian dia, lama tunggu ibu dia balik. Rasa letih..penat ..aku hilang bila tengok irfan tersenyum riang ....mesti dia tercari2,,,manalah ibu ni tak balik2.. Balik jer...aku main2 ngna irfan..tapi dia tak berapa sihat semalam....demam...demam ali bulan kot..sebab ari sabtu ni..(29/9) genap umur irfan 7 bulan. Tak sangka...cepatnya hero ibu ni membesar...makin banyak ragam....
Aku malas nak masak...tapi masaklah jugak ikan asam pedas ngan kacang bendi. sedap gak . Ups! lupa pulak lagi satu menu...ikan kering. Semakin irfan danish membesar..makin mengajar aku utk banyak bersabar...Dia boring bila main sorang2...dia kacau aku nak masak...Habis bersepah mangkuk2 aku kat dapur...tolong mengemaslah katakan...
Walaupun irfan masih kecil..tapi aku tetap bagitau kat dia..." irfan danish..ibu sedih tau ari ni..sebab payung kesayangan ibu patah.." 
Posted at 11:29 pm by shielamus
Permalink
Apr 23, 2006
Terkenang semasa dulu.....
Entah kenapa agaknya..tetiba jer pagi ni aku terkenangnya satu peristiwa pahit yang memang tak dapat aku lupakan semasa kat tempat keje lama dulu. Aku akui kat mana-mana kita bekerja pasti akan ada masalah. Tapi, kenangan pahit aku tu...memang aku ingat sampai sekarang.....kerana ia melibatkan maruah diri......tergamak sungguh orang yang sanggup buat aku begini.
Walaupun perkara itu sudah lama berlalu...........tapi hati aku jadi sakit bila terkenangkannya. Semua pensyarah di tempat kerja aku tu sanggup membuat satu 'pakatan' yang menggelarkan diri mereka 'lecturer jb' memburuk2kan aku semata2 takut jika aku dinaikkan pangkat menjadi operation head. betapa bodohnya mereka......membuat sesuatu yang kononnya advance....walhal...aku tak mohon pun jawatan tu....dan aku pun tak nak....
Rupa2nya dia orang ni telah menyenaraikan beberapa sebab ( aku rasa dlm 15 ke berapa agaknya) kenapa aku tak layak menjadi 'operation head'. antara yang aku ketahui ..... aku tak tau komputer ....aku tak pandai cakap omputeh.....dan last sekali aku ni tak berguna walau 1 sen pun! Sampai hati mereka buat aku begini...apa yang mereka dapat? Hal aku ni memang dah jadi perbualan hangat sampailah ke HQ sebab email tu di hantar juga ke HQ. Aku betul2 tak tahu pasal plan mereka ni...depan aku..semuanya bermanis mulut....tapi di belakang aku...disebaliknya...
Selama kat tempat aku tak sampai lagi operation head yg baru.....aku yang dikutuk dan dihina inilah yg membuat kerja2 sebagai operation head. Aku tak dpt apa2 bayaran tambahan pun. Gaji aku mcm tu jugak. pada aku...aku nak segala kerja di bahagian operation ni berjalan dengan lancar. Aku benar2 tertekan masa tu...tension...aku telah cuba buat sebaik mungkin...tapi aku bukanlah manusia yang sempurna. Tapi, mereka itu hanya tau nak mengkritik sahaja apa yang betul dan tak betul. Apatah lagi jika aku buat silap....lagi senanglah mereka nak kutuk aku. kalau boleh nak tengok aku jatuh terduduk! Tapi, syukur aku tak pulak jatuh terduduk! Kalau aku buat kerja lambat sikit, mereka2 tu......mulalah nak melaser. Tak sedar ke mereka...yg aku ni buat kerja utk 2 jawatan sekali gus!!!!!!!!!!!! tapi bayaran aku tetap begitu jugak. Aku tak pernah terlintas pun nak jafi Operation Head masa tu..... Apalah yang busuk sangat hati dia orang ni...namanya jer sesama bangsa dan agama. Terima kasih tidak...mengutuk lagi ada....bila aku buat salah mereka kat belakang ketawa kan aku. Keihklasan aku disalah ertikan!!!!!!!!!
Alhamdulillah......ada seorang teman ni...cerita kat aku...dan kemudian...aku tau dari mulut second bos aku sendiri... Walau macam mana pun.....aku tetap baik dengna mereka.....sehinggalah mereka mungkin tersedar akan apa yg mereka buat kepada aku suatu masa dulu. Bagi aku..Tuhan tu maha adil.....Tapi, apa yg diperlakukan terhadap aku...memang amat tersangat sukar untuk aku memaafkannya....sehinggalah mereka berjumpa dengan aku sendiri..dan menceritakan segala2 pada aku.
Tak lama selepas tu......aku pun dpt kerja lain...syukur yang tidak terhingga kerana aku dapat keluar daripada tempat tu. Di temapat kerja baru ni...aku rasa usaha aku benar2 dihargai. Ini membuatkan aku lebih bersemangat utk bekerja....
Kesimpulan yg bih aku ambil ialah kalau dlm satu tempat kerja semuanya orang melayu....mmg banyak komplot...sebok tentang hal org lain...tak boleh nak tgk bangsa sendiri maju...kutuk lagi ada..mcmlah mereka tu pandai sangat. Bila kerja bercampur dengan bangsa lain...baru ada variasi.....dan wujud persaingan yg sihat dan masing2 saling hormat akan hak masg2...
Itulah dia kenangan pahit dan peristiwa yg tak kan dpt aku lupakan.
Posted at 11:01 pm by shielamus
Permalink
Feb 12, 2006
berabuk pomacam2 ceritaaaaaaaa
Dah lama tak berceloteh kat blog ni...dah berabok pong. Bukannya apa, malas nak menulis...maklumlah busy. Ari ni aku keje sorang jer..si mama cuti. Emmm sebut tentang mama ni, aku teringatlah akansatu peristiwa yg memang susah aku nak lupakan...rasa takut pong ada..rasa kelakar pon ada. Begini ceritanya.....Masa ofismate aku yagn berbangsa cina bercuti semuanya..aku n de gang bekerja...Aku ngan si mama ni nak pi sembahyang kat surau. Masa aku sembahyang si mama ni tengah syok berdengkur...kuat gile siot...habis jer sembahyang aku mengaji sekejap....dalam pukul 4 gitu aku kejutlah si mama ni. Tapi aku tak tengok muka dia mula2nyer...tapi lepas tu berdiri bulu roma aku...si mama ni tido celik!! aku terkejut dan istighfar. Dalam keadaan matanya yg mmg dah sedia tercelik tu dia boleh bercakap ngan aku ..."Ya Allah, aku tidur shila?" Aku iyerkan tapi pastu aku cepat2 tengok depan. Lepas tu barulah dia bangun dan gonyoh2kan mata dan bertanya lagi soalan yg sama "Ya Allah, aku tidur shila"....Aku walaupun berada dalam surau...ada air sembahyang...rasa menggigil badan dan berdiri bulu roma...Aku tanya dia...."kenapa ko tidoq mata celik?"......lepas tu....aku terus lipat telekung...cepat2 pi ofis... takut beb....sampai balik rumah pong aku terbayang2 mata celik tu....dia penat sangat agaknyerlah....
Tapi sekarang...citer tu dah tak seramm..tapi rasa kelakar pulak...hi...mama mama.
Posted at 06:07 pm by shielamus
Permalink
|
|
 |
|
 |
|